sinis

Posted in Unpublished corengan by juanajaafar on October 9, 2008

 

nampak gaya macam keadaan dah berubah

yang lemah kata dah jadi kuat

 

apa guna kalau manusia masih disembah

orang waras tetap meluat

 

katanya demokrasi

katanya pula opresi

 

macam pernah dengar semua ni

macam slogan yang dah basi

 

jadi sekarang ke mana arahnya?

ada yang kata porak-peranda

 

tapi tengok macam sama saja

bising-bising benda yang tu juga

 

alahai, manusia tak sedar diri

perjuangan nafsu terus diburu

 

esok lusa mesti mati

Isra’il dan Jibra’il hanya menunggu

 

Tagged with: ,

wahai orang-orang yang jahil!

Posted in Unpublished corengan by juanajaafar on June 3, 2008

 

kuasa …

 

satu arang batu membara yang ku genggam kuat di dalam tanganku;

perit, tapi ku tahan.

 

satu sumpah yang puas ku cari merata-rata di bumi ini;

khianat, tapi ku sanggup lakukan demi kebahagiaan.

 

satu idaman golongan yang fakir dan jahil;

neraka, itulah hadiah ku untuk sesiapa yang cuba merampasnya dari diriku.

 

kuasa …

 

akan ku hidupkan mimpi-mimpiku;

akan ku jadikan mimpi-mimpiku sebagai mimpi-mimpimu;

akan ku kaburi matamu dengan banyangan perkara-perkara yang indah

kerana aku boleh.

 

kuasa …

 

tidak perlu ku memaksamu untuk mempercayai dusta-dustaku;

tidak perlu ku mengajakmu berpihak denganku;

tidak perlu ku menyuruhmu sama-sama membenci musuh-musuhku

kerana kau akan tunduk dan setia kepada diriku.

 

kesetiaan yang berpihak kepada kuasa adalah satu kesetiaan yang utuh

yang membuat manusia sepertimu tidak peduli

apabila ku coreng muka-muka Si Jahanam gelojoh

yang ingin merampas kuasa dari dalam genggaman tanganku.

 

takkan kau bantah menyoal apabila ku menghinanya dan kerabat-kerabatnya

bila ku menutup periuk nasinya dan menzalimi anak-cucunya;

 

kerana kau tahu

kau setia, kau percaya kepadaku, kau kagum.

 

tetapi aku tahu

kau takut kepadaku, kepada kekuasaanku, dan kemungkinan besar akan kau ku binasakan juga.

 

… Ya Allah!

apakah salahku?!

apakah dosaku?!

apakah yang telah terjadi?!

 

sekelip mata ku dalam keghairahan

arang batu yang membara di dalam tanganku hilang!

hilang begitu saja walaupun tapak tanganku masih perit kesakitan.

 

di mana kuasaku itu?

yang ku genggam kuat tadi?

ke manakah ia?

 

persetan! ia di dalam genggaman Si Janaham itu! neraka kan ku buatnya!

 

Tagged with: ,

antara ilham dan warisan

Posted in Unpublished corengan by juanajaafar on May 6, 2008

 

tidak ku sangka setelah begitu lama

ku sangka telah berakhir segalanya

tidak ku terfikir untuk mengangkat pena

apa lagi menghidupkan yang mati semula

 

bukan ku lupa semangat, prinsipnya

karya yang meransang minda dan jiwa

sebuah perjuangan seorang tua

yang kaya berilmu, pusaka tiada

 

tetapi apakah akan ku dapat menjayakan

sepertimana yang seringkali disaran?

tidak ingin si mati ku cuba hidupkan

jika semangatnya tidak kesampaian …

 

restu daripada si Tuan pena

izin daripada yang Maha Esa

 

… berikanlah pedoman kepada anakanda.

 

Tagged with: , ,