Allah, kebebasan dan kita, atau “Nota berkenaan lawatan Irshad Manji ke Malaysia”
Update (Jun 19, 2012) : Seorang pengurus kedai buku Borders diheret ke mahkamah atas alasan menjual buku Irshad Manji. Pihak pengurusan Borders mengecam pihak berkuasa atas kes tersebut.
Update (Jun 12, 2012) : Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam-Peguam memberi perspektif undang-undang berkenaan kes pengharaman buku Irshad Manji.
Update (Jun 6, 2012) : 15 pertubuhan bukan kerajaan mengeluarkan kenyataan berkenaan pengharaman buku di Malaysia.
Update (Mei 30, 2012) : Pengarah ZI Publications ditahan Jabatan Agama Islam Selangor.
Update (Mei 25, 2012) : Pengharaman bukunya satu penghinaan terhadap ummah di Malaysia, kata Irshad.
Update (Mei 25, 2012) : Kementerian Dalam Negeri mengharamkan Allah, Kebebasan & Cinta.
Update (Mei 23, 2012) : Kata penulis Umapagan Ampikaipakan, Burn this book… but read it first.

Irshad Manji, penulis Muslim dari Kanada yang bukunya ‘The Trouble with Islam’ diharamkan di Malaysia. Foto dipetik dari faithwithoutfear.moralcourage.com
Seperti biasa pihak berkuasa dan sekutu-sekutunya terus melenting dengan kehadiran seorang penulis kontroversial, Irshad Manji, baru-baru ini. Malah, sebelum Irshad menjejak kaki ke Malaysia Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Dalam Negeri tidak akan membenarkan sebarang program yang melibatkan penulis tersebut.
Jamil dipetik mengatakan ideologi Irshad “bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), Akta dan Enakmen Agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat”. Tetapi Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan Majlis Peguam-Peguam, Syahredzan Johan, membidas mengatakan jika Perlembagaan Persekutuan ditafsir ala Jamil maka perkara haram seperti perjudian (yang hari ini “halal” di mata undang-undang dalam bentuk jenis perniagaan kasino dan nombor ekor) sepatutnya tidak boleh dijalankan di Malaysia.
Berkenaan homofobia pihak berkuasa dan kecaman terhadap Irshad yang mengaku dirinya lesbian, Syahredzan berkata:
“There are laws against homosexual acts but not against being a homosexual or barring a homosexual from speaking about it. Not even in the state Islamic enactments. So I don’t know what authorities or police can do.”
Namun, Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mendesak pihak berkuasa untuk mengusir Irshad keluar dari Malaysia. Dan walaupun mengaku diri masing-masing peguam dan Muslim, persatuan ini telah outsource tanggungjawab membidas ideologi Irshad kepada golongan ulema dalam satu kenyataan media. Pelik, sedangkan Irshad tidak mengaku dirinya sebagai ulema atau peguam malah orang biasa yang terbuka berbahas dengan sesiapa sahaja. Mengapa agaknya golongan yang kononnya cerdik-pandai seperti PPMM tidak mahu berbahas secara langsung dengan seseorang seperti Irshad, apatah lagi jika mereka berasa idea-idea penulis tersebut lemah atau salah?
Sebenarnya tidak ramai yang tahu mengapa Irshad Manji dianggap sebagai kontroversial. Yang difahamkan oleh Jamil, sekutu-sekutunya dan pihak media, ia kerana Irshad seorang lesbian. Ini agak lucu bagi penulis kerana hampir setiap hari akan ada komentar-komentar berkenaan macam-macam isu semasa dalam media massa Malaysia oleh individu-individu lesbian-gay-biseksual-transeksual (LGBT).
Sebelum nama Irshad dipopularkan dalam media oleh Jamil dan kumpulan-kumpulan lain yang benci terhadapnya, penulis tersebut bagai tidak wujud dalam radar pembaca di Malaysia. Tambah lagi bukunya yang terlaris, The Trouble with Islam, diharamkan oleh pihak berkuasa maka komentar “panas” dalam buku tersebut tidak dapat diketahui secara langsung oleh pembaca di sini.
Oleh kerana itu, nak mengutuk dan membidas dengan baik pun susah juga. Mungkinkah ini antara sebab golongan seperti PPMM lebih selesa untuk outsource pembidasan terhadap Irshad kepada ulema; sebab tak ada rujukan buku …? Inilah jadinya apabila aktiviti pengharaman buku berleluasa. Nak membenci pun terpaksa berlandaskan sumber sekunder. Nak buat macam mana, dah takdir Al-Malaysia …
Penulis baru selesai membaca buku terbaru Irshad yang diterjemah oleh ZI Publications, Allah, Kebebasan & Cinta. Entah apa yang nak dikecohkan sangat, idea-idea yang ditulis oleh Irshad bukan baru atau luar biasa. Dan tak perlu tunggu Irshad Manji terbit buku atau datang ke Malaysia untuk tahu bahawa memang ramai antara umat Islam sudah menyampah dengan dogma dan hipokrasi yang wujud dalam institusi perlaksanaan agama.
Lebih perit apabila mendapat tahu bahawa ramai saudara Islam yang sudah hilang kepercayaan atas sebab di atas, tetapi taukeh-taukeh Islam lebih senang munuding jari pada fenomenon Kristianisasi dan bukan bermusabahah diri.
Penulis sendiri tidak bersependapat dengan Irshad dalam beberapa perkara, dan melalui temubual secara langsung dengan dia penulis dapat mengetengahkan perkara-perkara ini. Daripada mengharamkan kehadiran dan penulisan seseorang seperti Irshad bukankah lebih bermanfaat kepada ummah di Malaysia jika Jamil dan sekutu-sekutunya dapat menghantar wakil yang cerdik-pandai untuk berbahas secara sivil di sebuah forum supaya pembaca dan pendengar dapat menilai dengan akal fikiran mereka?
Penulis hairan dengan pemimpin-pemimpin seperti Jamil dan agensi-agensi agama di Malaysia. Sedangkan Islam menekankan intelektualisme dan penggunaan akal dalam penghayatan agama, mereka ini “mentakbir” Islam seolah-olah ummah di Malaysia sekadar lembu yang patut disuruh dan imannya nipis hampir tiada. Atau … Adakah intelektualisme cair di kalangan elit agama di Malaysia sehingga tiada sesiapa yang dapat dicalonkan untuk membahas satu-persatu idea-idea Irshad? Malang sungguh. Sekarang ramai yang akan ikut jalan pintas dan terus Google “Irshad Manji”.
Selamat datang ke era globalisasi, Jamil.





Saya amat setuju dengan apa yang JJ nyatakan disini….saya sebagai seorang Islam dah terlalu amat bosan dengan cara Islam dilaksanakan di Malaysia. Taukeh Islam ni semua ingat aku sebagai seorang Islam tak Ada otak…tak boleh berfikir….semua nya kena tapis. Tolongla….lagi korang halang….lagi la aku bosan.
Ya, saya percaya akan penulisan artikel ini. Izinkan saya berkongsi ini sekali;
“Pergaduhan ialah api, jangan menghampirinya kecuali dengan air ditangan yang dapat memadamkannya. Kita kerapkali bergaduh demi kerana berbeza jawapan terhadap sesuatu persoalan, sedangkan Allah tidak menguji kita untuk melihat siapakah yang betul jawapannya tetapi Dia menguji kita untuk melihat siapakah yang betul usahanya dalam mencari jawapan !”.. Ustaz Emran Ahmad
saya mmg menentang habis-habisan siapa yang cuba memporak perandakan Islam khususnya termasuk dengan cara yang Irshad Manji lakukan ini…kalau kita dah tahu bagaimana cara hidup seseorang itu yang tidak mengikut cara Islam, berpelukkan , mengaku seorg lesbian dan sebagainya, dia amatlah tidak layak langsung untuk membincangkan tentang Islam. dunia mmg perlukan perubahan seperti tetapi bukan untuk merosakkan lagi dunia ini.
Dalam islam sendiri ada mengajar kesederhanaan dan ada juga perkara yang kita tidak perlu persoalkan langsung kerana Allah Maha Tahu apa yang telah direncanakan.
saya mohon sesiapa yang telah mengikuti apa yang telah disampaikan oleh perempuan yang tidak bertamadun ini, mohon keampuan dan taubat kepada Allah secepat yang mungkin..
tiada Istilah Islam moden kuno sebagainya…
Islam tetap sama dari dahulu hingga sekarang suma kita yang perlu ubah cara hidup kita sendiri dari baik kepada yang lebih baik…
please…please…please … do not support this person and saya rasa baik untuk kita fikirkan tentang penyatuaan umat Islam daripada memikirkan apa yang perempuan B***** ini tuliskan…
mereka hanya memikirkan untuk keuntungan semata-mata ….
Allah Maha Besar….
Terima kasih kepada yang sudi membaca nota ini.
Saudara Rizalman: Lebih baik kita lebih khusus dan relevan dalam pembidasan kita terhadap sesiapa pun. Kalau kita mengaku bahawa Islam itu universal hingga ke pengakhir alam duniawi, kita juga harus terima bahawa penganut-penganutnya berada pada pelbagai tahap dan cara penghayatan dalam satu-satu masa (Contoh: Saudara yang belum banyak menimba ilmu v. saudara yang sudah banyak menimba ilmu). Betul atau salah cara mereka, Allah SWT sahaja yang akan menilai. Sementara itu, pada pendapat saya, tugas kita adalah untuk menimba ilmu. Ada ilmu baik, ada ilmu tak baik. Dengan iman terhadap Allah, akal fikiran dan dialog terbuka saya rasa umat Islam dapat membuat penilaian sendiri tanpa perlu dilembukan oleh pihak berkuasa. Dan terutama sekali dalam dialog agama, kalau pembidasan terbaik kita adalah sekadar memanggil seseorang itu “B*****”, kita sudah tumpas.
“Sebagai seorang pedagang buta huruf, Muhammad SAW bergantung pada para pencatat untuk mencatat kata-kata yang didengarnya dari Allah. Kadang-kadang Nabi sendiri mengalami penderitaan yang luar biasa untuk menguraikan apa yang ia dengar. Itulah bagaimana ”ayat-ayat setan” ayat-ayat yang memuja berhala dilaporkan pernah diterima oleh Muhammad dan dicatat sebagai ayat otentik untuk al-Quran. Nabi kemudian mencoret ayat-ayat tersebut, menyalahkan tipu daya setan sebagai penyebab kesalahan catat tersebut. Namun, kenyataan bahwa para filosof muslim selama berabad-abad telah mengisahkan cerita ini sungguh telah memperlihatkan keraguan yang sudah lama ada terhadap kesempurnaan al-Quran.”
Beriman Tanpa Rasa Takut: Tantangan Umat Islam Saat Ini, hal. 96-97 Irshad Manji.
http://www.ismajordan.com/ismajordan/dari-jauh-ku-lihat-irshad-manji/
ingin melemparkan sedikit pandangan. ya betul sekali masyarakat perlu diberi ruang untuk menilai secara akademik. namun, berapa ramai sangat yang ingin memberatkan kepalanya untuk berfikir, dan berapa ramai yang ‘tak cuba mendalami agama ini’ dengan benarnya jika tiada isu. solat dan quran sahaja tak disentuh, Umat ini terlalu fragile pada pandangan saya dan perlu dilindungi. pun begitu, saya lihat tindakan secara law dan outsource ini hanyalah sesuatu yang bersifat short term dan ya, debat diskusi dan penerangan adalah long termnya. kedua2nya perlu, melindungi yang lemah dan malas berfikir, meraikan yang mencari kebenaran dan daya akademik yang tinggi. ps: penapisan yg ini sedikit sahaja daripada apa yg terbentang luas di internet. tak ada isu masyarakat xdibenarkan berfikir. dan saya ‘tak akan benarkan anak menghisap dadah hanya semata-mata ingin dia tahu menilai baik-buruknya’
Kat mana nak beli? Nak beli jugak
LOVE the term taukeh-taukeh Islam…first time I’ve heard it, but I’m sure it won’t be the last. thanks for taking on the issue with courage JJ! Salaams
Puteri: Saya rasa dialog itu tidak semestinya akademik (Saya sendiri tidak menilai karya Irshad sebagai akademik). Biarpun sebagai perbualan, tapi satu perbualan yang kritis. Saya juga setuju bahawa ramai yang malas berfikir. Tapi adakah ini bermaksud kita mengiktiraf bahawa penghayatan agama di kalangan ummah di Malaysia cetek? Dan kita okay dengan realiti ini? Dengan dunia internet yang penuh dengan macam-macamnya, saya rasa sudah tiba waktu kita di Malaysia dapat bertemu secara fizikal dan sivil untuk membincang isu-isu yang dekat dengan hati kita. Antaranya, penghayatan agama …
any~~: Menurut penerbit, buku terbaru Irshad boleh dibeli melalui email info@zipublications.com.my
Chakarapena, nice to see you online! Thanx for reading and I hope research is going well at your end!
baru jumpa dan baru baca. terima kasih atas perkongsian buah fikiran.
murah rezeki dapat jumpa dan berbual pasal ini (mana nak cari temu-bual bersama penulis?) atau lain lain.
selamat!
“tindakan secara law dan outsource ini hanyalah sesuatu yang bersifat short term dan ya, debat diskusi dan penerangan adalah long termnya. kedua2nya perlu, melindungi yang lemah dan malas berfikir”
Saya setuju part ni. Tindakan pihak berkuasa ‘menghalang’ aktiviti Irshad adalah langkah yang terpaksa dibuat disebabkan kelemahan sebahagian BESAR Melayu Malaysia itu sendiri. Maaf, berdasarkan feedback dari post Ombak Rindu JJ tempoh hari, kita sendiri dapat melihat golongan Muslim Melayu yang TIDAK BERFIKIR jauuuuhhhh lebih ramai drp yg berfikir. Mereka tidak berfikir & TIDAK MAHU berfikir.
Lebih baik kita tumpukan untuk mendidik ‘mereka2′ ini ( secara spoonfeed pun takpe. Dah itu level mereka – cuma tahu menerima, tak mampu berfikir/debat) tentang Islam Way Of Life yg sebenar daripada membiarkan Irshad berkongsi kefahaman dia kpd ‘mereka2′ ini.
kalau fikir agama ikut rasa dan ikut akal..memang akhirnya akan binasa..
so mereka yang memilih haluan akalnya untuk agamanya memang wajib ditentang habis habisan..
Penegakkan Islam bukan semata – mata dengan cara perbincangan atau dialog . Ia meliputi aspek kuasa , negara , dan pemerintah . Maka , segala bentuk ancaman yang datang kepada Islam , harus diselesaikan dengan cara yang terbaik , samada Dialog atau Kuasa , bedasarkan realiti dan keperluan masyarakat semasa .
Realitinya , masyarakat Islam Malaysia masih lemah dari semua segi , kefahaman dan jatidiri . Perlunya kepada sebuah perlindungan dan pertahanan bersifat sentimen dan kuasa untuk memelihara mereka selama mereka dididik dengan kefahaman Islam yang benar .
Bila tiba masa yang sesuai , segala dialog tiada masalah untuk diperdebatkan .