wahai orang-orang yang jahil!
kuasa …
satu arang batu membara yang ku genggam kuat di dalam tanganku;
perit, tapi ku tahan.
satu sumpah yang puas ku cari merata-rata di bumi ini;
khianat, tapi ku sanggup lakukan demi kebahagiaan.
satu idaman golongan yang fakir dan jahil;
neraka, itulah hadiah ku untuk sesiapa yang cuba merampasnya dari diriku.
kuasa …
akan ku hidupkan mimpi-mimpiku;
akan ku jadikan mimpi-mimpiku sebagai mimpi-mimpimu;
akan ku kaburi matamu dengan banyangan perkara-perkara yang indah
kerana aku boleh.
kuasa …
tidak perlu ku memaksamu untuk mempercayai dusta-dustaku;
tidak perlu ku mengajakmu berpihak denganku;
tidak perlu ku menyuruhmu sama-sama membenci musuh-musuhku
kerana kau akan tunduk dan setia kepada diriku.
kesetiaan yang berpihak kepada kuasa adalah satu kesetiaan yang utuh
yang membuat manusia sepertimu tidak peduli
apabila ku coreng muka-muka Si Jahanam gelojoh
yang ingin merampas kuasa dari dalam genggaman tanganku.
takkan kau bantah menyoal apabila ku menghinanya dan kerabat-kerabatnya
bila ku menutup periuk nasinya dan menzalimi anak-cucunya;
kerana kau tahu
kau setia, kau percaya kepadaku, kau kagum.
tetapi aku tahu
kau takut kepadaku, kepada kekuasaanku, dan kemungkinan besar akan kau ku binasakan juga.
… Ya Allah!
apakah salahku?!
apakah dosaku?!
apakah yang telah terjadi?!
sekelip mata ku dalam keghairahan
arang batu yang membara di dalam tanganku hilang!
hilang begitu saja walaupun tapak tanganku masih perit kesakitan.
di mana kuasaku itu?
yang ku genggam kuat tadi?
ke manakah ia?
persetan! ia di dalam genggaman Si Janaham itu! neraka kan ku buatnya!



leave a comment